Ahad, 24 Januari 2010

Kem 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan di Tangkak Johor 2009





19.10.2009

Kami berkumpul di PPD Pasir Gudang seawal jam 11.30 pagi kerana sesi pendaftaran seperti dimaklumkan di dalam surat adalah pada jam 12.00 tengahari. Namun, ada beberapa buah sekolah yang masih belum tiba. Begitu juga dengan bas persiaran yang akan membawa kami ke Ledang. Menurut En. Tuah, bas akan tiba pada jam 1 tengahari. Tepat jam 1.30 tengahari kami pun bertolak ke Pusat Kokurikulum Ledang, Johor. Kami berhenti rehat seketika di kawasan rehat dan rawat Machap untuk menunaikan solat zohor dan makan tengahari.

Kami tiba di Pusat Kokurikulum Ledang tepat jam 4.30 petang serantak dengan ketibaan bas yang membawa peserta dari Mersing. Setibanya di sana, pelajar dari daerah Ledang dan Kulaijaya telah pun selesai mendirikan khemah. Petang itu juga, para peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan.

Sebaik sahaja aktiviti khidmat diri, peserta berkumpul semula di dataran SMK Tun Mamat untuk aktiviti “ice breaking”. Nama aktiviti malam itu ialah 1 Malaysia. Cukup kreatif sekali para jurulatih mempelbagaikan tafsiran perkataan 1 Malaysia bagi memudahkan para peserta memahaminya.

20.10.2009

Aktiviti pada pagi ini dimulakan dengan senamrobik diikuti chicken dance dan poco-poco.sebaik sahaja selesai bersarapan, pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan besar dimana kumpulan yang pertama akan memasak makanan tradisional kaum Melayu, Cina dan India. Kumpulan yang kedua pula akan memulakan aktiviti “Mari Menari Malaysia”. Sebenarnya, mereka bukanlah perlu menari sebaliknya akan mempelajari dan mempersembahkan kompang selawat, manakala kumpulan ketiga pula akan bermain permainan tradisional seperti Tuju Para, Ting-ting, Jan Jala Itik, Sepak Raga Bulatan, Guli dan Chap Tei. Permainan ini diketengahkan oleh pihak penganjur atas rasional untuk memperkenalkan warisan tradisionlal yang hamper tidak dikenali oleh anak-anak alaf baru ini. Acara bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Para peserta, fasilitator dan jurulatih begitu asyik menunjukkan kehandalan masing-masing sehingga ada yang tidak mahu berhenti bermain.

Selepas solat isyak, pelajar berkumpul semula di dataran untuk menerima tugasan baru yang lebih mencabar. Encik Saiful selaku kem komanden telah mengarahkan setiap kumpulan untuk mencipta lirik lagu perkahwinan menggunakan apa jua melodi. Setiap kumpulan juga dikehendaki memilih seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan untuk berlakon sebagai pengantin. Akhirnya teka teki peserta terjawab juga. Rupa-rupanya, mereka dikehendaki untuk bermain “kahwin-kahwin” seperti yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak suatu masa dahulu. Mereka diberi masa sehingga petang esok untuk menyiapkan lagu tersebut.
21.10.2009
Usai solat subuh dan bersarapan, kami sekali lagi bersenam di dataran kem. Pagi ini kelihatan para jurulatih, fasilitator dan pelajar semakin mahir bahkan ada yang sudah handal melakukan tarian poco-poco berbanding sewaktu kami mula-mula melakukannya pagi semalam. Aktiviti pagi ini ialah karangkraf. Setiap kumpulan diberikan sehelai kain berbidang 45”, cat pelaka, dan berus lukisan. Tugasannya ialah, para peserta dikehendaki mereka sebuah kain rentang yang berkonsepkan 1 Malaysia dengan menggunakan peralatan yang disediakan dengan jimat dan cermat. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam dan tiada cat tambahan akan diberikan. Meskipun syarat penyertaan ialah 12 tahun ke bawah, namun begitu kelihatan para fasilitator pula yang menunjukkan kehandalan masing-masing.

Selesai sahaja solat Zohor, peserta diberikan tugasan baru iaitu mencipa sebuah wau.Setiap kumpulan diberikan 2 raut buluh sebagai rangka, kertas minyak, kertas warna dan benang. Sangkaan mereka membuat wau @ layang-layang sangat mudah, namun meleset sama sekali. Susah juga rupanya hendak membentuk rangka yang cantik. Mahu tidak mahu, fasilitator perlu turun padang untuk memberi bantuan kecemasan. Rupa-rupanya selama ini peserta hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak RM3 untuk membeli layang-layang plastik di kedai. Patutlah mereka terkial-kial hinggakan ada peserta yang termenung sahaja sambil merenung buluh mereka.

Akhirnya, penat lelah mereka berbaloi juga apabila kesemua layang-layang tersebut berjaya diterbangkan dengan bantuan jurulatih lelaki. Selepas solat asar, peserta berkumpul semula bagi memastikan tugasan untuk persembahan malam ini telah disiapkan dengan sempurna.

Selesai solat Isyak secara berjemaah, peserta dikumpulkan di dewan terbuka. Acara mala mini dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator wanita diketuai oleh Ustazah Siti Hajar (SK Felda Ulu Tebrau) dan Cikgu Alice dari SJKC Pandan. Setiap kumpulan diperuntukkan surat khabar, gunting dan gam. Mereka dikehendaki menghasilkan pakaian pengantin menggunakan barang-barang yang diberikan sahaja. Tamat sahaja 40 minit waktu yang diberikan, pelbagai hasil rekaan baju pengantin dapat dilihat. Ada yang memilih konsep Red Indian, Transformer, dan macam-macam lagi. Kesemuanya sangat mencuit hati. Juri terdiri daripada Cikgu Jaidi ( SK Taman Pasir Putih) dan Ustazah Khairul Nisak (SK Masai). Setiap kumpulan akan mengarak pengantin mereka dan mempersembahakan lagu dengan kreativiti masing-masing. Ada acara tepung tawar, bersiram, tidak ketinggalan juga pencak silat. Para jurulatih juga diberi peluang untuk “menepung tawar” pasangan pengantin yang tersipu-sipu di atas pelamin. Peluang ini tidak dilepaskan oleh jurulatih. Ada yang menepung tawar menggunakan air kopi, biskut kering dan tidak kurang juga air mineral. Pendek kata, semua peserta begitu seronok sehingga ke akhir acara.

22.10.2009
Pagi ini kami mengadakan raptai majlis penutup kem 1 Malaysia. Dijangkakan majlis akan bermula jam 10.30 pagi. Tepat jam 8 pagi semua peserta dan guru pengiring berkumpul di dewan lengkap berpakaian t-shirt, seluar panjang dan topi yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selesai bersarapan, peserta berlatih menyanyikan lagu 1 Malaysia, lagu Bangsa Johor dan Malaysia Bersatu. Jam 11 pagi, wakil daripada Pejabat Pelajaran Daerah Ledang tiba untuk merasmikan majlis penutup. Majlis pada pagi ini dikendalikan oleh juruacara dari SK Felda Tenggaroh 5 iaitu adik Syafikah di bawah bimbingan Ustazah Wan Solehah. Seterusnya ialah penganugerahan sijil tamat kem kepada semua peserta dari 4 buah daerah yang terlibat, begitu juga guru pengiring dan jurulatih. Sebaik sahaja VIP meinggalkan tapak kem, para peserta dikehendaki menanggalkan semula khemah dan membersihkan tapak perkhemahan.

Bas Pasir Gudang tiba tepat jam 2.00 petang. Para peserta dan guru-guru kelihatan sangat keletihan. Sebaik sahaja roda bas mula bergerak, kami pun melayari mimpi indah masing-masing. Kami tiba di Pejabat Pelajaran Pasir Gudang jam 4.30 petang. Alhamdulillah.



Disediakan oleh,

……………………………….
JAIDI B. ALI
Guru Pengiring
SK Taman Pasir Putih.

Selasa, 1 September 2009

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKTPP2009











LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
SK TAMAN PASIR PUTIH 2009

Tarikh : 22 -24 Mei 2009

Hari : Jumaat hingga Ahad

Penyertaan : Pemimpin-pemimpin dan Pegawai –pegawai Unit Beruiform
: Ahli Pengakap, PBSM, TKRS, Tunas Puteri dan Puteri Islam

Jumlah : 100 Peserta

Tempat : Padang SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor.

Pergerakan Perkhemahan dan Aktiviti

( Sebelum )

1. Mesyuarat perlantikan AJK program dan agihan tugas.
2. Menyediakan tempat dan peralatan.
3. Taklimat perkhemahan kepada Pemimpin-pemimpin, Pegawai-pegawai dan Peserta-peserta yang disampaikan oleh Penyelaras Unit Beruniform dan Program En. Jaidi b. Ali.

( Semasa )

22 Mei 2009 ( Jumaat )

1. Pendaftaran peserta perkhemahan
2. Taklimat perkhemahan kepada peserta.
3. Istiadat Menaikan bendera
4. Mendirikan khemah
5. Solat Asar
6. Menyambung semula kerja-kerja mendirikan khemah.
7. Istiadat Menurunkan bendera.
8. Bersihkan diri , Makan malam, Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan yassin dan Solat Isyak.
9. Talimat peraturan perkhemahan oleh Kem Komanden dan Penyelaras Program
10. Taklimat pertandingan kepada pemimpin dan pegawai disampaikan oleh Tuan Jaidi bin Ali.
11. Menyambung kerja-kerja di kem masing-masing.
12. Minum malam.
13. Tidur

23 Mei 2009 ( Sabtu )

1. Bangun pagi, Solat Subuh dan senaman pagi
2. Persiapan diri dan sarapan pagi
3. Pemeriksaan Khemah dan Uniform
4. Istiadat menaikan bendera.
5. Pertandingan 1
5.1 Membuka dan memasang khemah
5.2 Pertolongan Cemas
5.3 Permainan kim
6. Pertandingan 2
6.1 Masakan Rimba
6.2 Simpulan, ikatan dan gajet
7. Makan tengah hari dan solat zohor.
8. Pertandingan 3
8.1 Kembara
9. Kudapan Petang dan solat Asar
10. Aktiviti senggang belajar menyanyi dalam bahasa arab.
11. Raptai perasmian penutup.
12. Istiadat Menurunkan bendera.
13. Makan malam
14. Solat Maghrib, Solat Isyak.
15. Pertandingan 4
15.1 Malam Kebudayaan
16. Mesyuarat pemimpin dan pegawai
17. Kudapan malam
18. Tidur
19. Jelajah malam dan muhasabah diri.

24 Mei 2009 ( Ahad )

1. Bangun pagi, Solat Subuh dan senaman pagi
2. Persiapan diri dan sarapan pagi
3. Pemeriksaan Khemah dan Uniform
4. Pertandingan 5
4.1 Kawad Kaki
5. Kudapan pagi
6. Gotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan.
7. Raptai perasmian penutup
8. Makan tengah hari dan solat zohor.
9. Perasmian penutup yang dirasmikan olh Tuan Hj. Sa’adon b. Hj. Jufrin Guru Besar SKTPP
10. Berkumpul semula dalam bulatan untuk bersalam-salaman untuk majlis perpisahan.
11. Bersurai

( Selepas )

1. Menyemak dan menyimpan peralatan yang digunakan sepanjang perkhemahan.
2. Menyiapkan dokumentasi.

“ BUAT SEHABIS BAIK “

Laporan disediakan oleh,


………………………………………………………..
(JAIDI BIN ALI )
Penyelaras Unit Beruniform dan Program
Perkhemahan Unit Beruniform
SK Taman Pasir Putih 2009

Isnin, 31 Ogos 2009

INDAHNYA BANDARAYAKU








Program ini dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bertempat di Bandaraya Bersejarah Melaka. Kontijen Johor yang diketuai oleh saya sendiri, Cikgu Ahmad Azhari SK Kopok), Cikgu Khair (SK Pasir Putih), Cikgu Khaidir (SK Puteri Wangsa), Cikgu Khairunisa (SK Masai), Cikgu Khamelia (SK Kota Masai 2), Cikgu Siti Hajar (SK Ulu Tebrau) dan Cikgu Siti Mariam (SK Cahaya Baru). Peserta seramai 169 orang menyertai program ini selama 6 hari 5 malam.
Program ini sangat baik kerana memberi peluang kepada murid-murid yang keluarganya berpendapatan rendah menikmati keindahan bandaraya Melaka. Terdapat murid yang tidak pernah pergi ke Bandaraya Bersejarah Melaka, peserta sangat seronok dan sungguh berterima kasih kepada pihak pegawai-pegawai dari Pusat Koko Melaka kerana menjaga dan melayan kerenah peserta-peserta semasa program berjalan.
Peserta-peserta juga berpeluang mengetahui suasana menginap di hotel Grand Continental bertaraf 3 bintang yang memberi layanan seperti peginap-penginap lain yang ada bersama.
Terima kasih saya secara peribadi kepada pegaiwai-pegawai yang menguruskan program ini terutamanya Cik Azura dari Pusat Koko Johor dan Pn. Asnah dari Pusat Koko Melaka.

Ahad, 30 Ogos 2009

PERKHEMAHAN 1 MALAYSIA








Perkhemahan ini diadakan pada 15-18 julai 2009 (4 hari 3 malam) bertempat di Pusat Koko Johor. Kem ini melibatka 3 bangsa utam di Malaysia melayu, cina dan india. Semoga matlamat kementerian pelajaran malaysia tercapai dengan program yang dilaksanakan. Saya sebagai guru pengiring dan juga fasilitator dari daerah Pasir Gudang mengucapkan tahniah kepada jurulatih-jurulatih kem 1 Malaysia kerana memberikan ilmu pengetahuan kepada saya. Terima Kasih

Selasa, 28 Julai 2009

Jambori



Penyertaan Jambori Antarabangsa Johor terdiri daripada beberapa buah negara seperti Brunai, Singapura, Sri Langka, Indonesia dan Thailan. Jambori ini dapat memberi peluang berkenalan dan bertukar-tukar pengalaman dengan pengakap luar negara. Bagi saya ia adalah pengalaman yang menyeronokkan dalam berpengakap dan satu peluang saya untuk keluar negara dengan menggunakan tiket pengakap.




Tuan Jaidi Ali (Penolong Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru)

saya sungguh berminat yang mendalam dalam ilmu kepengakapan. Saya mendaftar sebagai ahli pengakap bermula dari umur saya 10 tahun sehingga sekarang dan memegang jawatan Penolong Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru. Kepada semua pembaca blog ini, boleh berkongsi bersama pengalaman dalam ilmu kepengakapan. "Buat sehabis baik".

Perkhemahan Pemimpin Kecil Daerah Pasir Gudang





Perkhemahan Pemimpin Kecil daerah Pasir Gudang yang di jalankan 5-7 Nov 2008 dengan jayanya.

uniform